Apa Bezanya Bahulu Mak Melor?
Bab rasa ni memang subjektif. Ada orang suka yang lembut, ada orang suka yang rangup. Cuma kalau nak cuba sesuatu yang lain daripada biasa — bahulu rangup sepenuhnya, itu yang Mak Melor bawa.
Sesuai Untuk Situasi Apa?
Bahulu Rangup Mak Melor ni bukan sekadar untuk kudap kosong. Dia sesuai dibawa masuk dalam banyak suasana — dari yang santai sampai yang ada majlis.
Minum Petang
Sedap dimakan panas-panas dengan teh atau kopi. Rangup dia buat susah nak berhenti.
Tetamu Datang
Tak perlu fikir panjang nak hidang apa. Letak bahulu rangup, memang cepat habis.
Doorgift & Kenduri
Ringkas, kemas dan lain daripada biasa. Sesuai dijadikan buah tangan majlis.
Stok Di Rumah
Simpan untuk kudap bila lapar. Nak makan sikit-sikit pun boleh.
Jamuan Pejabat
Mudah dibawa & senang diagih. Sesuai untuk jamuan kecil atau meeting ringan.
Hadiah Ringkas
Tak perlu mahal, yang penting unik. Bahulu rangup buat hadiah nampak lain sikit.
Kudap Keluarga
Anak-anak & orang dewasa sama-sama boleh layan. Rangup dia buat semua suka.
Kirim Pada Kawan
Sesuai untuk hantar sebagai surprise kecil. Senang kongsi rasa dengan orang lain.
Majlis Kecil
Sesuai untuk majlis ringkas seperti tahlil, housewarming atau jamuan keluarga.
Pilih Ikut Keperluan Anda
Mak Melor sediakan dua saiz supaya senang nak pilih. Nak makan sendiri, atau nak kongsi ramai-ramai — dua-dua ada pilihan.
Pek Kecil
Untuk makan sendiri atau cuba dulu
± 17 biji bahulu rangup
Pek Besar
Untuk keluarga atau majlis kecil
± 34 biji bahulu rangup
Untuk tempahan banyak atau doorgift, sila buat tempahan awal supaya Mak Melor boleh sediakan elok-elok ❤️
Cara Simpan Bahulu Supaya Kekal Rangup
Bahulu Rangup Mak Melor tidak menggunakan bahan pengawet. Jadi cara simpan yang betul sangat penting untuk kekalkan kerangupan dan kualitinya.
Simpan Dalam Bekas Bertutup Rapat
Pastikan balang atau bekas bahulu sentiasa ditutup rapat semula selepas dibuka bagi mengelakkan udara luar masuk dan menyebabkan bahulu menjadi lembap.
Jauhkan Dari Cahaya Matahari & Aircond
Elakkan letak bahulu di tempat yang terkena cahaya matahari terus atau berhampiran penghawa dingin kerana boleh menyebabkan bekas menjadi lembap.
Simpan Di Tempat Kering & Suhu Bilik
Simpan di kawasan yang kering dan bersuhu bilik. Tidak digalakkan simpan dalam peti sejuk kerana boleh menyebabkan kelembapan.
Rujuk Tarikh Luput (Expired Date)
Setiap balang Bahulu Mak Melor akan disertakan dengan tarikh luput (expired date) seperti roti untuk rujukan pelanggan.
Tempoh Tahan Produk
Jika disimpan dengan cara yang betul, Bahulu Rangup Mak Melor boleh tahan sekitar 1 hingga 2 bulan. Produk ini tidak menggunakan bahan pengawet, sebab itu tempoh simpanan maksimum adalah sekitar 2 bulan sahaja.
Borang Order Bahulu Rangup
Isi maklumat di bawah. Mak Melor akan sahkan pesanan & maklumkan cas penghantaran melalui WhatsApp.
Tekstur lebih kepada lembut macam kek
Ada yang rangup di luar sahaja
Cepat jadi liat bila sejuk
Rasa biasa, cepat muak
Rangup dari luar sampai ke dalam
Kekal rangup walaupun dah sejuk
Sedap dimakan tanpa rasa muak
Sesuai untuk hidangan & doorgift